TEKNIK MEMBACA YANG DIPILIH
Pembacaan yang berkesan mempunyai beberapa teknik untuk memastikan
pembaca memperoleh pemahaman terhadap sesuatu maklumat yang dibaca. Antara
teknik membaca secara kritikal ialah Teknik Bertanya kepada penulis, Teknik KWL
(Know What Learn), Teknik Preview Teks, Teknik Prosedur ReQuest, Teknik
Hubungan Soal-Jawab, Teknik Pengajaran Eksplisit, Teknik Berfikir Bersuara,
Teknik Menerap Imej dan juga Teknik Dialog. Salah satu teknik membaca yang
berkesan ialah teknik membaca yang berkaitan dengan gambar sebagai bahan
pembacaan iaitu Teknik Menerap Imej.
Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2015), teknik dapat didefinisikan sebagai satu kaedah
mencipta sesuatu kerja dan sebagainya. Bagi perkataan menerap pula, menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), menerap merupakan mempraktikkan, mengenakan
atau memasukkan. Imej pula dapat dimaksudkan dengan gambar. Definisi bagi
menerap imej ialah sebagai satu prosedur atau satu kaedah yang dapat memandu
pelajar menjana imej mental berkaitan bahan yang dibaca sebagai cara untuk
mempertingkatkan kefahaman.
Dalam teknik ini
terdapat tiga asas penting bagi memastikan teknik menerap imej dapat dijalankan
iaitu model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri. Terdapat enam langkah
yang perlu dilaksanakan bagi menterjemahkan tiga perkara asas ini.
Langkah pertama,
guru akan memperkenalkan cara-cara menggunakan menerap imej dengan menggunakan
kata tanya seperti apa, mengapa dan bagaimana. Guru akan memberitahu kepada
pelajar sebab teknik menerap imej ini dilakukan dalam stategi membaca iaitu
untuk membantu pelajar memahami apa yang mereka baca. Pelajar akan dimaklumkan
untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang mana ia
boleh membantu mereka mengingati apa yang mereka baca. Seterusnya, guru akan
menunjukkan cara-cara untuk melaksanakan teknik menerap imej dan pelajar akan
melakukannya sendiri setelah faham.
Langkah kedua bagi
melaksanakan teknik menerap imej ini ialah guru akan memilih teks yang
berbentuk diskriptif yang mana teks tersebut panjangnya lebih kurang 100 patah
perkataan dan teks tersebut akan dibacakan oleh guru dengan lantang.
Seterusnya,
langkah tiga dilaksanakan dengan guru menunjukkan cara penggunaan strategi
kepada pelajar. Guru akan melakukan teknik berfikir dan bersuara dan
kemudiannya akan berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi beliau
dengan teks dan juga dengan pelajar. Perkara ini akan dilakukan terutamanya
apabilabertemu dengan perkataan yang menarik di dalam teks tersebut.
Bagi langkah
empat, guru akan menyediakan latihan berpandu. Guru akan mengajak pelajar untuk
menghuraikan imej yang mereka telah gambarkan ketika membaca lantang
berlansung. Guru hendaklah menggalakkan pelajar untuk mencatat persamaan dan
perbezaan imej-imej yang mereka kemukakan.
Kemudian, langkah
lima dilaksanakan dengan guru mewujudkan sokongan ketika latihan kendiri.
Pelajar akan melaksanakan teknik ini secara berpasangan untuk membaca teks
secara senyap. Setelah itu, pelajar secara bergilir akan menerangkan kepada
pasangannya mengenai imej-imej yang mereka gambarkan ketika membaca dan punca
mengapa mereka menggambarkan imej tersebut. Pasangan pelajar itu akan
berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental yang mereka bina. Seterusnya,
guru akan memberikan sokongan dari masa ke semasa agar pelajar dapat
melaksanakan pembacaan mereka dengan menggunakan teknik menerap imej tanpa
bergantung kepada guru.
Langkah terakhir
iaitu langkah enam dilakukan dengan guru menyediakan latihan kendiri terpilih.
Apabila pelajar sudah mahir untuk menggunakan teknik ini dalam pembacaan
mereka, guru hendaklah menyediakan peluang kepada mereka bagi menggunakan
strategi ini ke atas teks-teks lain yang bersesuaian.
Selain teknik
menjana imej, teknik dialog juga sangat berkesan bagi membantu pelajar dalam
proses membaca. Teknik dialog atau lebih dikenali sebagai Dialogue
Thinking Reading Lesson (D-TRL) dibangunkan pada tahun 1991 oleh Michelle
Commeyras. Matlamat D-TRL adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan gaya
pemikiran reflektif yang munasabah. Gaya pemikiran reflektif ini membolehkan
pelajar membuat keputusan berkaitan dengan apayang mereka percaya tentang
sesuatu cerita atau sesuatu isu yang spesifik. D-TRL menggalakkan pelajar untuk
kembali membaca teks untuk mengesahkan atau menjelaskan maklumat, untuk
mempertimbangkan kepelbagai tafsiran, dan untuk menilai penerimaan dan
kerelevan tafsiran alternatif yang bersaing antara satu dengan lain. Teknik
D-TRL ini terdiri daripada dua fasa iaitu fasa pertama, fasa bacaan dan fasa
kedua iaitu fasa perbincangan.
Fasa pertama merupakan
fasa bacaan. Fasa ini merupakan satu elemen penting dalam D-TRL iaitu cerita
untuk dibaca dan dibincangkan. Oleh yang demikian adalah penting untuk memilih
cerita yang berupaya memandu pelajar untuk berbincang mengenai sesuatu isu atau
persoalan dari pelbagai perspektif, selain cerita tersebut juga dianggap
penting dan menarik oleh pelajar.
Fasa kedua merupakan fasa perbincangan. Fasa ini menggunakan
kebanyakan masa kerana ia adalah sebahagian konsep yang paling penting dalam
teknik ini. Satu lagi elemen penting dalam fasa perbincangan ialah pelajar
menilai kebenaran dan relevan sebab-sebab yang mereka kemukakan dalam
perbincangan. Justeru itu, ia dapat mengelak semua sebab-sebab yang pelajar
kemukakan dihakimi oleh guru, bagi mengelakkan penafian peluang pelajar untuk
menilai pemikiran mereka sendiri.
Pada akhir setiap
D-TRL, iaitu setelah pelajar berfikir berkaitan sesuatu topik dari pelbagai
aspek mereka sentiasa diberi peluang untuk menyatakan pendirian mereka
berkaitan persoalan utama berkaitan topik tersebut. Pusat kepada pemikiran
kritikal adalah mengetahui masa yang sesuai untuk mengemukakan kesimpulan.
Namun demikian, tidak mustahil selepas perbincangan yang baik, masih terdapat
sesetengah pelajar tidak bersedia untuk membuat kesimpulan. Sebagai satu
alternatif bagi mengelakkan pelajar membincangkan kesimpulan yang dibuat mereka
boleh menulis tentang kesimpulan tersebut dan kemudian berkongsi jawapan
bertulis tersebut. Matlamat utama D-TRLs adalah melibatkan pelajar dalam
perbincangan yang bermakna dan mendalam berkaitan apa yang mereka baca tanpa
guru sebagai ketua perbincangan. Sebaliknya guru mungkin mengambil bahagian
dalam perbincangan sebagai ahli biasa atau bergerak dari kumpulan ke kumpulan.
Antara kelebihan teknik inu ialah membolehkan
pelajar membuat keputusan berkaitan dengan apa-apa yang mereka percaya tentang
sesuatu cerita atau sesuatu isu yang
spesifik,menggalakkan pelajar untuk kembali membaca teks untuk mengesahkan atau menjelaskan maklumat, menggalakkan
pelajar untuk mempertimbangkan kepelbagai
tafsiran dalam bahan yang dibaca dan menggalakkan pelajar untuk menilai
penerimaan dan kerelevan tafsiran alternatif dari bahan yang dibaca yang bersaing antara satu dengan
lain.
Comments
Post a Comment