JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar terbahagi kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu :
                 i.          Bahan Bantuan Mengajar bukan elektronik
               ii.          Bahan Bantuan Mengajar elektronik
             iii.          Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

2.1       BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK 
                 i.          Bahan bantu mengajar bukan elektronik merupakan bahan bantu mengajar yang masih menggunakan papan tulis atau papan hitam.
               ii.          Kebiasaannya digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.

2.1.1    Buku Teks
                 i.          Buku teks merupakan bahan bantu mengajar  yang dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang.
               ii.          Ia juga digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan.
                                                                                              
2.1.2    Papan Pameran
                 i.          Papan pameran juga dikenali sebagai papan buletin dan ia merupakan sumber pangajaran yang produktif.
               ii.          Dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.

2.1.3    Fail Tegak dan Bahan Bacaan 
                 i.          Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku.
               ii.          Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta, peta, gambar skrip dan sebagainya.
             iii.          Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail.
             iv.          Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah.

2.1.4    Gambar 
                 i.          Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.

2.1.5    Kad Imbasan atau Kad Cantuman
                 i.          Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata.
               ii.          Memperkenalkan perkataan-perkataan baru dan ia sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah.

2.1.6    Carta
                 i.          Susunan maklumat yang bersistematik.
Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan lukisan.
               ii.          Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah :
·       Carta flip/selak
·       Carta pusing
·       Carta aliran
·       Carta graf
·       Carta pai
·       Carta tunggal

2.1.7    Grafik 
                 i.          Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.
               ii.          Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.

2.1.8    Papan pengajaran 
                 i.          Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar.
               ii.          Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat memotivasikan pelajar.
             iii.          Jenis papan pengajaran
·       Papan bulletin
·       Papan kenyataan
·       Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flannel
·       Papan putih
·       Papan magnet
·       Papan selit
·       Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa
·       Papan poket
·       Papan sorong tarik

2.1.9    Model 
                 i.          Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar.
               ii.          Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi:-
a.      Jenis model
·       Model berskala - Kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar.
·       Model potongan - Keratan
·       Model Imginasi - Gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris.
2.1.10  Boneka 
                 i.          Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan.
               ii.          Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog.
             iii.          Diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman.
2.2       BAHAN BANTU MENGAJAR BERBENTUK ELEKTRONIK 
                 i.          Bahan bantu mengajar elektronik merupakan bahan bantu mengajar yang menggunakan eletronik.
               ii.          Kebiasaannya digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.

2.2.1    Overhead Projektor (OHP ) 
                 i.          Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
               ii.          Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna).

2.2.2    Transparensi 
Kebaikan menggunakan trasparensi:
                 i.          Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian.
               ii.          Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal.
             iii.          Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik.
Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur.

2.2.3    Pita Slaid ( Filem Slaid ) 
                 i.          Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi positif berukuran kecil.
               ii.          Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi.
             iii.          Dapat menarik perhatian pelajar.
             iv.          Dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas.
               v.          Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubah dan ditambah.

2.2.4    Radio 
                 i.          Untuk pengajaran bahasa.
               ii.          Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan.

2.2.5    Televisyen dan VCR
                 i.          Dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar.
               ii.          Dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

2.2.6    Filem tayangan /Filem jalur
                 i.          Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan pendengaran.
               ii.          Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari.

2.2.7    Komputer 
                 i.          Boleh diprogramkan untuk mengajar.
               ii.          Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.
             iii.          Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan sebagainya.


Comments

Popular posts from this blog

DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR