KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Membaca memerlukan tumpuan
dan kefahaman untuk benar-benar mendalami bacaan tersebut. Pembaca perlu
mendekati teks secara kritikal untuk mendapatkan pembacaan yang berkesan.
Pembaca perlu menilai apa yang dibaca dan bukan hanya membaca tanpa memahami
maklumat yang ingin disampaikan. Pembacaan secara kritikal berupaya membantu
pembacanya untuk menilai teknik pembacaan mereka supaya proses pembacaan
berlaku secara berkesan. Memilih bahan bacaan yang bersesuaian amat penting
bagi setiap individu.
Sebagai
seorang guru khususnya mereka perlu mengetahui teknik pembacaan yang perlu
diberikan kepada pelajarnya. Antara kelebihan menggunakan bahan bacaan yang
bersesuaian adalah supaya pembaca mendapat maklumat yang diingini. Hal ini
kerana pembacaan yang menggunakan teknik pembacaan yang sesuai dengan keperluan
sosial dan mental akan menyebabkan proses pemahaman akan terjadi dengan lebih
mudah. Pembaca akan membaca teks yang diberikan kemudian mencari maklumat atau
isi penting untuk mendapatkan idea pkok yang terdapat dalam bahan bacaan
tersebut.
Selain itu
juga pemilihan bahan bacaan dan teknik yang bersesuaian akan membantu untuk
merangsang idea-idea dari minda pembaca. Dengan pembacaan yang berkesan akan
menyebabkan pembaca berfikir mengenai hasil tulisan penulis. Pembacaan seperti
inilah yang disebut sebagai membaca secara kritikal. Membaca yang bukan hanya
membaca tetapi juga membaca dengan ilmu dan kefahaman yang baik. Ditambah juga
apabila pembaca tersebut membaca dan boleh memberi kritikan dan penambahbaikan
kepada bahan bacaan tersebut.
Tambahan
lagi bahan bacaan ini juga boleh membuatkan pembaca mengenalpasti apa yang
perlu ditanyakan kepada guru. Berikutan pembacaan yang berkesan adalah
pembacaan yang membuatkan pembaca benar-benar memhami teks yang dibaca. Apabila
seseorang membaca benar-benar memahami apa yang dibacanya, ini bermakna pembaca
boleh mengeluarkan segala persoalan dan tanda tanya yang terdapat di dalam teks
yang dibacanya. Dengan ini pembaca barulah diketogorikan sebagai pembaca yang
membaca secara kritikal dan bukan hanya membaca untuk keseronokan semata-mata.
Comments
Post a Comment