Lampiran Kertas Kerja Pameran Alat Bantu Mengajar


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KERTAS KERJA
_________________________________________________________________________
PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR
”STRATEGI PEMBELAJARAN, TINGKATKAN KUALITI”
________________________________________________________________
TARIKH :
8 MAY 2017

TEMPAT :
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN:
PELAJAR KURSUS KETERAMPILAN MEMBACA
(BMK 3022) SESI 2017
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


1.0         TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan berikut:
                                     i.          Mendapatkan kelulusan program daripada pensyarah kursus (BMK 3033) Keterampilan Membaca.
                                    ii.          Mendapatkan kerjasama daripada pelajar kursus (BMK 3033) Keterampilan Membaca dalam pelaksanaan program ini.

2.0         PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh pelajar kursus ( BMK 3033) Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah bertujuan untuk memberi pengalaman berprogram dan menambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Selain itu juga pelajar subjek BMK 3033 Ketereampilan Membaca ini dapat mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas.  Di samping itu, program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara berkomunikasi dengan orang ramai dan bukan hanya menghafal teori sahaja. Melalui program ini juga pelajar akan mula berfikir secara kreatif dan akan mula berinovasi untuk mempraktikan cara pembelajaran mengikut standarad yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0         OBJEKTIF
                           i.          Mempersiapkan pelajar kursus BMK 3033 seperti pembelajaran sebenar ketika di sekolah.
                          ii.          Memberi pendedahan kepada pelajar kursus BMK 3033 bahawa proses pembelajaran akan lebih berkesan dengan adanya bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
                         iii.          Memupuk mahasiswa/i yang mempunyai sikap cakna terhadap perubahan persekitaran pembelajaran abad ke 21

4.0         JUSTIFIKASI DAN HASIL
Program ini wajar diadakan untuk mempersiapkan pelajar kursus (BMK 3033) Keterampilan Membaca, terhadap kerjaya pendidik pada masa akan datang. Fokus utama dalam kemahiran komunikasi dan keterampilan diri pelajar meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu,  program itu juga dapat memberi pendedahan dan pengetahuan yang baharu kepada mahasiswa/i sebagai seorang guru sebenar menerusi aktivitii yang dijalankan. Melalui program ini juga, diharap dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa/i agar cakna terhadap persekitaran pembelajaran abad ke 21 yang banyak berlaku perubahan dan inovasi. Inovasi ini telah dilakukan dengan tujuan untuk memberikan penambahbaikan kepada cara pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan sosiobudaya masyarakat setempat.

5.0         HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH
Melalui program ini, mahasiswa/i diberi peluang untuk menjadi guru sebenar melalui aktiviti pengajaran yang dijalankan sepanjang program ini.  Selain itu, mahasiswa/i dapat meningkatkan lagi kemahiran insaniah dalam diri seperti kemahiran mengurus dan kemahiran komunikasi. Program ini juga dapat membantu mahasiswa/i berfikir dan bertindak secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Melalui program ini juga mahasiswa/i akan berkhidmat sebagai anggota masyarakat yang berbakti kepada masyarakat sebagai seorang pendidik yang berusaha membangunkan bangsanya. Akhir sekali, program ini juga diharap dapat memupuk semangat perkongsian dan pembudayaan ilmu dalam kehidupan sepanjang hayat.

6.0         TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
               Tarikh                      :    8 May 2017
               Hari                          :    Selasa
               Tempat Program  :    Universiti Pendidikan Sultan Idris


7.0         SENARAI  TETAMU KEHORMAT
                                               i.          Prof. Madya Dr Dahlia binti Janan

8.0         KUMPULAN SASARAN / PESERTA
                           i.          Pelajar kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca.

9.0         TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PROGRAM KETERAMPILAN MEMBACA
Masa
Tentatif/ Aktiviti
04.00 pm
Ketibaan peserta
04.30 pm
Persiapan tempat oleh ajk pelaksana
05.00 pm
Majlis Perasmian
05.30 pm
Pameran dimulakan
06.00 pm
Proses Penjurian
06.30 pm
Majlis bersurai

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


NAMA DAN JAWATAN

BIDANG TUGAS


Penasihat Program
Prof. Madya Dr Dahlia binti Janan


Memantau dan menasihati perkara berkaitan program yang sedang dijalankan.

Pengarah Program
Nurul Atikah Binti Khamis

Merangka, merancang, dan menganalisis program yang akan dijalankan.


Timbalan Pengarah Program
Zainab Binti Abdulloh

Membantu pengarah program dalam merangka dan menganalisis program yang dijalankan.


Setiausaha 
Nur Anis Amira Binti Samsuri



Membuat surat, laporan setiap gerak kerja yang dijalankan berkaitan program.


Naib Setiausaha
Nik Sarah Syafiqa Binti Nik Zamani

Membantu membuat surat, laporan setiap gerak kerja yang dijalankan berkaitan program.


Bendahari
Nik Nor Maizatul Fatihah Binti Nik Jid

Membuat perbelanjaan berdasarkan kewangan program yang telah diberi serta membuat catatan pengeluaran wang yang digunakan.


Naib Bendahari
Nurul Atikah Binti Mohamad Amaran

Membantu membuat perbelanjaan berdasarkan kewangan program yang telah diberi serta membuat catatan pengeluaran wang yang digunakan.

11.0       ANGGARAN KEWANGAN

BIL
PERKARA
HARGA (RM)
JUMLAH (RM))
11.1
PENDAPATAN (A)

Pelajar Kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca


JUMLAH








               RM 22.80

BIL
PERKARA

HARGA (RM)
JUMLAH (RM)
11.2
PENDAPATAN (B)

  1. KEPERLUAN LAIN

- kertas mahjong
- kad manila
- kertas A4
- plastik sampah
- gula-gula
- gam
- kad board


JUMLAH



       1.00  x 2 unit
        1.00 x 2 unit
       12.00 x 1 unit
          2.00 x 1 unit
          3.00 x 1 unit
          0.80 x 1 unit
          1.00 x 1 unit


                              2.00
                             2.00
                         12.00
                           2.00
                           3.00
0.80
1.00



RM 22.80
11.3
JUMLAH PERBELANJAAN (B)
RM 22.80
11.5
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (B)
RM 22.80
11.6
JUMLAH PENDAPATAN (A) – JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (B)
RM 22.80 –
RM 22.80 = RM 0.00

13.0PENUTUP

        Program ini diharapkan agar dapat memberi kebaikan terhadap semua pihak yang terlibat. Bagi pelajar BMK 3022 itu sendiri, mereka mendapat pendedahan berkenaan kerjaya masa hadapan mereka. Program ini dapat mempersiapkan pelajar BMK 3033 untuk menjadi guru yang berketerampilan dalam pelbagai aspek baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aktiviti-aktiviti yang telah diatur dilihat dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk berkomunikasi di khalayak ramai dan menyelesaikan sesuatu masalah dalam kumpulan. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk mengasah bakat diri menjadi guru yang baik dalam memberi perkongsian ilmu yang bermanfaat. Tuntasnya, program ini diharap dapat memberi kesan untuk jangka masa yang panjang kepada semua pihak yang terlibat.

















Disediakan oleh:

Nur Anis Amira bt Samsuri,
Pengarah Program,
Pameran Bahan Bantu Mengajar,
Kursus Keterampilan Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan :...............................................
Tarikh            :...............................................


Diluluskan oleh:


Peruntukan yang diluluskan oleh Penasihat Program:

RM..............................

Prof. Madya Dr Dahlia binti Janan
Penasihat Program,
Pensyarah Kursus Keterampilan Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim.

Tandatangan :..............................................
Tarikh            :..............................................



Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR

DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR