KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Membaca
memerlukan tumpuan dan kefahaman untuk benar-benar mendalami bacaan tersebut.
Pembaca perlu mendekati teks secara kritikal untuk mendapatkan pembacaan yang
berkesan. Pembaca perlu menilai apa yang dibaca dan bukan hanya membaca tanpa
memahami maklumat yang ingin disampaikan. Pembacaan secara kritikal berupaya
membantu pembacanya untuk menilai teknik pembacaan mereka supaya proses
pembacaan berlaku secara berkesan. Memilih bahan bacaan yang bersesuaian amat
penting bagi setiap individu.
Sebagai seorang guru khususnya mereka perlu
mengetahui teknik pembacaan yang perlu diberikan kepada pelajarnya. Antara
kelebihan menggunakan bahan bacaan yang bersesuaian adalah supaya pembaca
mendapat maklumat yang diingini. Hal ini kerana pembacaan yang menggunakan
teknik pembacaan yang sesuai dengan keperluan sosial dan mental akan
menyebabkan proses pemahaman akan terjadi dengan lebih mudah. Pembaca akan
membaca teks yang diberikan kemudian mencari maklumat atau isi penting untuk
mendapatkan idea pkok yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.
Selain itu juga pemilihan bahan bacaan dan
teknik yang bersesuaian akan membantu untuk merangsang idea-idea dari minda
pembaca. Dengan pembacaan yang berkesan akan menyebabkan pembaca berfikir
mengenai hasil tulisan penulis. Pembacaan seperti inilah yang disebut sebagai
membaca secara kritikal. Membaca yang bukan hanya membaca tetapi juga membaca
dengan ilmu dan kefahaman yang baik. Ditambah juga apabila pembaca tersebut
membaca dan boleh memberi kritikan dan penambahbaikan kepada bahan bacaan
tersebut.
Tambahan lagi bahan bacaan ini juga boleh
membuatkan pembaca mengenalpasti apa yang perlu ditanyakan kepada guru.
Berikutan pembacaan yang berkesan adalah pembacaan yang membuatkan pembaca
benar-benar memhami teks yang dibaca. Apabila seseorang membaca benar-benar
memahami apa yang dibacanya, ini bermakna pembaca boleh mengeluarkan segala
persoalan dan tanda tanya yang terdapat di dalam teks yang dibacanya. Dengan
ini pembaca barulah diketogorikan sebagai pembaca yang membaca secara kritikal
dan bukan hanya membaca untuk keseronokan semata-mata.
Comments
Post a Comment