Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah (Brown J.W, 1983). Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantuan mengajar ini sangat membantu guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Atan Long (1982) pula, alat bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan yang digunakan untuk membantu guru dan murid. Bahan ini diterbitkan dalam bentuk buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar. Bukan itu sahaja, beliau turut membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat pandangan dan alat pandang-dengar. Oleh itu, alat bantuan mengajar ini bukan sa
Comments
Post a Comment